Saturday, 22 March 2014

Usaha Malaysia dalam Bidang Sain dan Teknologi

Sebagai satu negara yang mempunyai sumber-sumber terhad secara relatifnya, Malaysia harus memastikan yang setiap pelaburan yang dibuat di dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) mencapai matlamat dan pulangan yang tinggi.

Peruntukan sumber-sumber perlu seiring dengan keutamaan negara bagi transformasi negara dengan ekonomi yang didorong oleh pengetahuan agar dapat memaksimumkan pulangan ekonomi dan sosial. Dengan ini, Dasar Sains dan Teknologi Kedua menyediakan rangka kerja untuk mempertingkatkan lagi producktiviti dan mengekalkan pertumbuhan dan juga memperkukuhkan perkongsian sinergi antara agensi Kerajaan, industri, universiti dan institusi penyelidikan. Dasar ini meletakkan tujuh strategi seperti berikut:
  • Memperkukuhkan kapasiti  dan kebolehan bidang penyelidikan dan teknologi negara;
  • Menggalakkan pengkomersilan hasil penyelidikan;
  • Membangunkan kapasiti dan kebolehan sumber manusia;
  • Menggalakkan budaya sains, inovasi, dan keusahawanan berasas teknologi;
  • Memperkukuhkan rangka kerja institusi dan pengurusan untuk S&T dan memantau perlaksanaan dasar S&T;
  • Memastikan penyebaran yang luas dan aplikasi teknologi, yang menyumbang kepada peningkatan R&D yang didorong pasaran untuk menyesuaikan dan meningkatkan teknologi; dan
  • Membina kecekapan dan kepakaran di dalam teknologi-teknologi yang baru.

No comments:

Post a Comment